Saturday, 11 November 2017

Tempat Menarik Di Kelantan

Tempat Menarik Di Kelantan

Tempat menarik di kelantan tidak kurang banyaknya berbanding di negeri lain untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik dapat dikunjungi oleh pengujung seperti pantai-pantai yang cantik, mall yang besar, tempat membeli belah bebas cukai, jeram air terjun, kedai makan yang sedap dan banyak lagi tmepat menarik untuk dikunjungi di kelantan. Antaranya adalah

Wakaf Che Yeh

Tidak sah percutian ke kelantan jika tidak berkunjung ke wakaf che yeh. Di Kelantan berbeza dengan negeri lain. Jika negeri lain, pada waktu malam, bandar adalah tempat utama untuk kita kunjungi kerana banyak kedai masih dibuka. Tetapi di Kelantan amat lah berbeza. Ini kerana, pada waktu malam di bandar Kota Bharu sudah gelap oleh kerana kedai dan juga restoran di bandar tidak beroperasi seperti di bandar bandar lain. Di Kelantan, pusat tumpuan orang ramai terutama pengujung adalah di Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh sinonim dengan pasar yang beroperasi pada waktu malam dan menyediakan pelbagai jenis barangan dalam harga yang tersangat murah. Jadi, ramai yang pengunjung memilih untuk menginap di sekitar Wakaf Che Yeh. 


Tempat penginapan berdekatan Wakaf Che Yeh yang disyorkan

Pantai

Terdapat banyak pantai yang menarik dan cantik di kelantan yang dapat dikunjungi. Antara yang popular adalah Pantai Cahaya Bulan yang dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi dan Pantai Irama Bachok. Ada juga pantai yang kurang popular tetapi menarik. Antaranya adalah Pantai Senok, Pantai Melawi. Jika inginkan percutian yang nyaman tanpa ganguan anda boleh kunjungi pantai yang kurang popular tetapi cantik dan menarik, 






Friday, 10 November 2017

Dz Homestay

Homestay di Tunjong, Mulong, Wakaf Che Yeh, RTC Tunjong, JPN Tunjong


Kami dari pihak DZ Homestay menjanjikan harga yang berpatutan, penginapan yang selesa dan lokasi yang strategik untuk penginapan anda semua dengan jumlah rumah yang banyak sesuai untuk penginapan berskala ramai.

DZ Homestay menyediakan 5 buah rumah untuk disewa dengan kadar sewaan
*RM 170

DZ Homestay terletak di

*Bandar baru Tunjong Kuala Krai Kota BHaru
*berhadapan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
*3 km ke Wakaf Che Yeh(2 traffic light sahaja)
*10 km ke Kota Bharu
*35 km ke Rantau Panjang
*17 km ke Kok Lanas

Setiap rumah dilengkapi

*3 bilik tidur
*2 bilik air
*air cond
*dll


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Wan (014 544 7791)